:: TUTUP KEDAI ::

Ini bukan penjuruku...

:: Siapa Aku??Siapa Engkau??Siapa Kita?? ::


“Jadi saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.


Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

Hassan al-Banna

:: Ana Fenin Fenin ::


Sekarang ni ana tengah berada antara dua 'jalan' ni (whatever jalan je la..x perlu tahu pung..haha)..berdenyut2 kepale gue ni haa..doakan smoge langkahku ke jalan yg 'lebih baik'..BiizniLLAH..jazakumuLLAH!!

:: Sezarah 'Amal ::

Salam..

Udah leme bebenor enggak ku update blog inii yaaa..hmm, post kali ni hanyalah sekadar perkongsian yang ana rase 'ktorang' patut kongsikan. semoga ianya sedikit sebanyak memberikan ledakan semangat buat antum n antunna sekalian..seimbas lalu wasilah tajmi' DF, Ta'lim n Rehlah yang telah dijalankan..

hanyalah perkongsian, bukanlah untuk berbangga..praktikkan apa yang kita tahu, buang segala perasaan malu dan ego..insyaALLAH klu itu diterima sebagai 1 pengorbanan, maka yakinlah ALLAH akan bersama dengan kita ya ayyuha AL-IKHWAH wa AKHAWAT!!..YAKINLAH!!..YAKINLAH!!..dan terus YAKINLAH!!..

kepada ikhwah2 dari kolej lain seperti dari KP, KTC, K10 yang juga melakukan progressss yang same, semoga ALLAH memudahkan korang..semoga ALLAH menjaga hati kami n kalian..SUNGGUH, KAMI TELAH MEYAKINI DAN MENGIMANI!!

brsama sebahagian mad'u naik balai cerap

rehlah ke hutan bandar bsama mad'u (fully DF alhamduliLLAH) krp, ktho, kp n ktc

ta'alim

''WAHAI ORANG YANG BERIMAN! MENGAPA KAMU KATAKAN APA YANG KAMU TIDAK LAKUKAN..''
61:2

:: Maliziyy!!..man ikhwan??..hehe ii ::


Rasanya semua orang setuju tentang perkara ini. Tulisan ini bagi menjawab persoalan Tariq Ziad yang mempersoalkan kenapa Ikhwan dijadikan “bench mark” dalam menilai gerakan Islam?


Slanjutnya, soalan siapa Ikhwan di Malaysia? Apa yang penting sangat? Lagi pun Ikhwankan di Mesir, bentuk muka bumi pun tidak sama antara Mesir dengan Malaysia. Nampaknya manhaj Ikhwan suatu yang tidak praktikal, sebaliknya lebih bersifat ilusi.


Saya sebenarnya terbuka dan tidak bermasalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah ini, termasuk apa sahaja pandangan seseorang kepada Ikhwan, sesuai tidaknya di Malaysia dan siapa-siapa saja mereka di Malaysia ini. Cuma dari segi amanah ilmu saya ingin menerangkan beberapa perkara:


PERTAMA; Imam al Banna sebagai mujaddid kurun 20 satu yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak dan barangkali termasuk anda yang dari berbagai intima’ (anggota jamaah)


KEDUA; Bidang tajdid yang dilakukan oleh al Banna ialah tajdid agama. Dan agama adalah satu yang universal sifatnya. Ia bukan budaya mesir, tetapi agama Islam yang dianuti oleh umat Islam diseluruh dunia. Jadi Ikhwan yang lahir dari pemikiran tajdid memiliki ciri universal. Tidak tepat bagi saya jika kita melihatnya sebagai budaya setempat yang hanya sesuai dengan orang Mesir sahaja. Kefahaman Islam syumul umpamanya, satu cara pandang yang dibawa oleh al Banna yang mewarnai gerak kerja Ikhwan, adakah itu hanya thaqafah orang Mesir atau semua orang Islam kena faham begitu?


KETIGA; Ijtihad dalam masalah cara bagaimana kita ingin bangunkan semula umat ini (manhaj perubahan). Ikhwan ada pandangan dia tersendiri berdasarkan kaedah instimbat mereka yang diambil daripada al quran dan sunnah. Justeru Ikhwan ada manhajnya sendiri dalam kerja-kerja dakwah untuk mengembalikan semula kemegahan silam. Bahkan Ikhwan menganggap manhaj taghyir sebagai perkara “tawaqufi” yang tidak boleh direka. Kalau anda ada kaedah istimbat (mengeluarkan hukum) sendiri, dan boleh terus mengeluarkannya daripada al quran dan sunnah, kenapa tidak? Isu ini sama sahaja dengan isu feqah ada perbezaan pandangan antara mazhab empat kerana perbezaan kaedah istimbat masing-masing mazhab. Itu pun bagi saya masih dalam soal agama bukan budaya tempatan. Memang ada golongan yang men”thaqafah”kannya (menjadikan ia taqafah misriyyah). Jadi timbul istilah fikh malizi dan sebagainya. Saya melihat banyak kumpulan di Malaysia berpegang begitu, sebab itu ada yang menolak konsep “alamiyyatu ad dakwah” ada yang buat al manhaj al malizi dan yang tinggalkannya dalam bentuk yang pragmatik (base kepada peluang). Oleh itu tiada sensitivi dalam soal itu, yang penting ialah kita telah melakukan kajian, melaksanakan kaedah istimbat bahawa cara kita menepati dengan sunnah/sirah nabi, pernyataan sejarah, dan bacaan waqi’ yang tepat dan mendalam sehingga kita yakin bahawa cara kita itu boleh membawa kita kepada kejayaan.


KEEMPAT; Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa waqi’ Mesir berbeza dengan waqi’ Malaysia. Sebab itu perlu penyesuaian dalam beberapa hal yang berkaitan dengan uslub. Kita tahu bahawa kita tidak boleh memindahkan(mengkias) pengalaman dakwah di satu negara ke negara yang lain sepenuhnya tanpa mengambil kira faktur waqi’ yang berbeza. Sebagai contoh, demontrasi pelajar di Jakarta telah berjaya menjatuhkan Suharto, lalu kita nak ikut mereka dan buat demontrasi nak jatuhkan Mahathir. Itu tidak berlaku kerana masyarakatnya berbeza. Oleh itu bagi mereka yang percaya dengan fikrah tajdid Al Banna dalam membangunkan semula Islam perlu melakukan ijtihad tatbiqi (perlaksanaan) bagaimana fikrah tajdid dapat diterjemahkan dalam konteks Malaysia dengan struktur masyarakatnya yang unik dan tersendiri. Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang detail kandungan ijtihad itu di sini sama ada dari segi kandungan fikrah, pendirian berkaitan isu-isu, objektif, wasilah dan uslub. Cuma saya tegaskan bahawa memerlukan satu ijtihad yang saya namakan ijtihad tatbiqi.


KELIMA; Penting juga saya ungkapkan di sini bagi sesiapa yang berminat dengan idea Ikhwan seharusnya memahami dan menguasai usul fikri Ikhwan bagi melayakkan ia melakukan ijtihad mengikut mazhab ikhwan yang betul dalam mengemukakan pendekatan dakwah yang sesuai dengan realiti tempatan. Ia tidak cukup dengan meniru beberapa wasail tertentu dalam tarbiah atau seumpamanya sahaja. Saya Ikhwan sebab saya buat beberapa perkara yang ikhwan buat. Sekali lagi persoalan ini tidak timbul bagi mereka yang tidak minat dengan fikrah al Banna.

Wallahu a’lam



p/s: petikan dari ust Abdullah Zaik.

:: Maliziyy!!..Man Ikhwan??..hehe ::

Abuadil kata Ikhwan yang paling hampir kepada manhaj nabi. Tetapi siapa Ikhwan di Malaysia? Soalan cepu emas kata orang. Saya rasa ini persoalan yang sudah lama diperbincangkan. Saya tidak pasti apakah persoalan ini masih relevan?

Mari kita uji

Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.

Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?

Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?

Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?

Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.

Abuadil orang PAS, sempat baca buku ikhwan sambil tebar roti canai?

p/s: petikan dari ust Abdullah Zaik.

:: sekadar perkongsian ii ::



Salam..ana hrap kalian semua berada di dalam ‘Afiah hendaknyer..aro tu ana ader post few perkongsian psal ‘hidup robot’..mm, tp perasaan tu trus hilang stelah ‘kami’ bertemu dgn ikhwah seperjuagan lain..


AlhamduliLLAH, setelah difikirkan kembali, mungkin nilah nikmat ukhuwwah yang selalu digembar-gemburkan n patutlah ia dikatakan tunjang kepada kebersamaan di dalam tarbiyyah..AlhamduliLLAH..cumenyer ana ade bbrape prkare yang ingin dikongsikan


MUKHAYYAM DI JOHOR

HALAQAH

MAD’U DI FIRMA

MAD’U DI WANGSA MAJU

MAD’U UPM (BUDAK MEDIC MESIR)

DAURAH DARI ‘ATUK’

JAULAH KE NOGOGHI 9

Alhamdulillah..ni adalah antara aktviti2 yang ktorang sempat isi selama 2 minggu dok jadik tukang robot draughtmanship..hmm, sbenarnyer ana baru faham practicallynyer cabaran2 dalam hidup..x de alasan bagi sorang da’ei untuk tidak menggerakkan dirinyer sbb mmg banyak benda yang boleh dibuat..


Mgkin ade yang akan kata


‘’alah, baru praktikal, boleh la gebang..banyak lagi mase..tunngu la nta, pasni nk kene keje btol, pastu kawen, pastu anak pulak, pastu bla bla bla..tunggu laaaaa’’..(benda biase yang dah didengar)..


tp bagi ana mmg la kt akan diBZkan tp patut ker jadikan benda tu sbgai alas an untuk mengelakkan diri dari melakukan UTAMA KITER??(semoga ALLAH menjaga hati2 kita)..So, ape yg boleh disimpulkan rasenyer lebih kurang mcm ni la kuuut..


‘’it is not important who you are, or what you do..it is all the matters about how you try to DO THINGS WITH YOUR BEST EFFORT..’’


Haha..skipping la plak aku ni..hmm..pape pn bingkisan dkat atas ni hanyalah untuk peringatan n perkongsia..smoge mnjadi pringatan untuk diriKU dan diriMU..AMEEEEnn

:: Beruntung sungguh Si 'Fulltimer' ::



Salam..hati ni tengah bergelumang dengan pelbagai mehnah dunia. X habis2 hari kene mngadap drawing yang x siap2..klu x buat, pegawai nk tengok plak..adushh!!..alangkah boringnyer hidup macam ni..baru jer few days tp dah rase mcm nk retire..tp time ni lah baru aku sedar akan situasi pak cik2..huhu..n ana rase sape2 yg x biasa menjadi 'robot' akan merasakan ape yg ana rase..


Ptutlah Abah ana dulu retire dari jadik pereka dalaman..katenyer mase utk da'wah ckit giler..x sempat nk 'menyeru'orang lain..hmm, tp pape hal pn idup msti dtruskan..nasib baik aku praktikal dgn sorg ikhwah ni..Alhamdulillah, kami cube mewujudkan suasane yang x der..erk..mm..pape pn, Beruntung Sungguh Si Fulltimer Da'wah..


Utk diri n Ikhwah Akhawat sekalian..katenyer Syed Qutb:

Saat kekalahan itu adalah apabila seseorang akh itu merasa lemah..ttp saat kemenangan itu pula adalah saat pabila akh itu melawan rasa putus asa tersebut..doakan kami disini..jzkk

:: 'Askar Thullab ::



Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar Islam Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka.

Tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.

Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakat Islam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang mulia itu? Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi. Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan sebilangan kecil saja. Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam di hati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.

Ada pun ibu-ibu 'moden' pada masa sekarang, mereka tidak pernah menyebutmelainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filem baru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salah seorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya. Peranan Pelajar 18 Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidik dengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan mereka dari masa ke masa untukmencatit sejarah kepahlawanan dan pengorbanan yang gemilang.

Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam.

Kesemuanya ini hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping latihan ketenteraan yang bermutu. Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka. Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.

:: Manhaj Da'wah ::

Manhaj yang betul-betul boleh mencernakan individu dan generasi muslim ialah manhaj yang sempurna dan menyempurnakan dan kesemua sudut, sama ada dan segi pemikiran, kerohanian akhlak dan individu dan harakah yang boleh mencapai kesempurnaan (takamul) dan perimbangan (tawazun) dalam pembinaan syaksiyah Islamiyyah.

Satu sudut harus dipastikan tidak menguasai yang lain sehingga membawa gambaran yang buruk terhadap syaksiyah Islamiyyah atau membawa ketidak sempurnaan syaksiyah itu tadi. Manhaj yang dihajati oleh harakah ialah manhaj yang telah dapat melahirkan sebaik-baik umat dan kalangan manusia yang jahil dan manhaj yang mampu melahirkan pada tiap zaman dan tempat jenerasi yang berpegang kepada kebenaran.

Yang berjuang demi kebenaran dan yang tidak dapat dimudaratkan oleh musuhmusuhnya sehinggalah datang ketetapan Allah.Tanpa jenerasi manusia seumpama ini tidak mungkin harakah Islamiyyah dapat menghadapi realiti Jahiliyyah dan dapat mengatasi mereka.

‘Umar bin Al-Khattab telah menulis surat kepada ‘Umar bin Al-’Ass, tatkala ‘Umar lambat dapat menakluk negeri Katanya:

“Amma ba’du: Aku hairan di atas kelambatan kamu menakiuk negeri Mesir setelah kamu berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuhmusuh kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”. Dalam wasiatnya kepada Sa’ad bin Mu’az, ketna tentera Islam ke Farsi. Katanya:

”Amma ba’du. Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi seteru, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada seteru kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh.Ke menangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.

:: SEUNTAI TAWAKKAL ::




salam..kehadapan ikhwah dan akhawat yg ana 'care' sekalian :i


mgkin skarang ni umat Islam tgh bergelojak dgn kemarahan terhadap al-yahud LA'NATULLAH!!..sememangnye mereka adalah BANGSA SYAITHANI..


tp dalam arus gelojak kemarahan ummah ini..ana ingin mengingatkn diri sendiri terutamanya dan ikhwah akhawat sekalian..hmm..mgkin sekarang ni kt tengah sibuk dgn perancangan2 dan strategik da'wah masing2..mcm2 adaaa..ade yg nk target dgn DA'WAH FARDHIYAH lah, dengan WADAH lah..dengan dua2 lah..mcm2..almaklumlah kt baru jer start sem baru..so, mcm2 target yang dibuat demi menjamin penerusan da'wah di locality masing2..


ALHAMDULILLAH!!..semoga semangat yang terus membara ini akan membuahkan hasil yang pada akhirnya insyaALLAH menuju kearah takwinul ummah yang manthop..pada saat itu, tidak ada siapa pun berani memijak-mijak kita!!..bahkan si kuffar x akn berani menjeling walaupn sekali kearah kita!!..sungguh!!..itu adalah janji-NYA!!


ALHAMDULILLAH sekali lagi..cumenye ade lg 1 perkara yang ingin diingatkan..mgkin ni x lebih dari sekadar perkongsian..ana dapat ni dari naqib2 ana dekat kelantan..kite slalu mengingatkan mad'u2 kt tentang ujian2 yang ALLAH akn berikan kepada hambanya demi menjamin kekukuhan iman seseorang..dan kita selalu jugak bagtahu mad'u kita yang ujian tu datang dalam mcm2 bentuk..baanyaaaak sangat..hinggakan dari arah yang kita sememangnya x sangka-sangka..


PERANCANGAN..mcm yang dah ana tulis dkt atas ni..kt sibuk dengan perancangan..ana x kata salah..cumenyer mcm mane agaknyer klu ujian ALLAH kepada kita (si penggerak) ni pulak datngnya dari arah itu???..adakah keyakinan kita terhadap perancangan2 kita yang manthop tu sedikit terlebih dari keyakinan kita terhadap MARDHOTILLAH???..sekali lagi ana nk statekan..bingkisan ini hanyalah perkongsian..bukan nk menghentam sape2..x lain x bukan hanyalah ingin ingatkan hati2 kita ni supaya selalu 'berkerja' kerana ALLAH..bukan keutamaannya terhadap mencapai target2 tertentu..bukan merancang itu salah..bahkan ia teramatlah penting dan WAJIB plak tu utk kt utk merancang..tp persoalannya sejauh mane keyakinan kita terhadap perancangan kita dan keyakinan kita terhadap ALLAH..takut2 keyakinan terhadap strategi dan perancangan melebihi keyakinan kita terhadap ALLAH..sekali lagi sekadar peringatan kepada diri yang sering terlupa..JAZAKUMULLAH kerana sudi menatap :)
p/s:sila rujuk KONSEP TAWAKKAL DALAM ISLAM karangan Yusuf Qardhawi


''DAN MEREKA MERANCANG, DAN ALLAH JUGE MERANCANG, DAN KETAHUILAH ALLAH ADALAH SEBAIK2 PERANCANG''

:: SAUDARAKU!! ::

Betapa syaitani bangsa yahudi!!..LA'NATULLAH 'ALALYAHUUD!!

:: part of YOU and ME ::




:: TAKWIN AL-UMMAH ::


1. Membentuk Umat (Ali Imran :104)
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.
[217] Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.



2. Proses ini disebut Takwin Syakhshiyah Islamiyah (pembentukan kepribadian Islam)
a. Iman yang lurus (Al Maa-idah :54, Al Hujuraat :15) 54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.
b. Takwa yang sebenar-benarnya (Ali Imran :102)
102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
c. Islamisasi kehidupan (Al Baqarah :208)
208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.



3. Proses ini disebut Takwin Ruhul Jamaah (membentuk semangat berjamaah) (Ali Imran : 195, At Taubah :71)
195. Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain[259]. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, Pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan Pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."
[259] maksudnya sebagaimana laki-laki berasal dari laki-laki dan perempuan, Maka demikian pula halnya perempuan berasal dari laki-laki dan perempuan. kedua-duanya sama-sama manusia, tak ada kelebihan yang satu dari yang lain tentang penilaian iman dan amalnya.
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
a. Berpegang teguh dengan tali Allah (Ali Imran :103)
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
b. Tidak berpecah belah/bersatu padu (Ar Ruum :31-32)
31. Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, 32. Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka[1169] dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
[1169] Maksudnya: meninggalkan agama tauhid dan menganut pelbagai kepercayaan menurut hawa nafsu mereka.
c. Kesatuan hati (Al Anfaal :63)
63. Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana.
[622] penduduk Madinah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj selalu bermusuhan sebelum nabi Muhammad s.a.w hijrah ke Medinah dan mereka masuk islam, permusuhan itu hilang.
d. Persaudaraan Islam (Al Hujuraat :10)
10. Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.



4. Takwin Syakhshiyah Islamiyah dan Takwin Ruhul Jamaah keduanya merupakan langkah penyelamatan. 5. Dilakukan oleh orang yang mendapat hidayah. 6. Dalam rangka membentuk umat Isalam a. Menyeru kebaikan b. Memerintahkan yang ma’ruf c. Mencegah yang munkar 7. Apabila Hal tersebut dilakukan maka akan mendatangkan kemenangan/keberuntungan (Ali Imran : 103)
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

:: Sepanjang2 cuti?! ::

Salam..pertamanya ana mitak maaf sbb dah lame bbenor x update blog ni. post yg ni pn x der pape sbnarnye cume sdikit perkongsian daripada ana sepanjang cuti

JAULAH & REHLAH KE RENGIT (main dengan kambing bersama ikhwah2 USiM..mbeeek)

TAMRIN MAD'U DI KELANTAN

REHLAH JERAM LINANG


ZIARAH IKHWAH
ZIARAH SYEIKH DR.W


JAULAH KE TERENGGANU

:: ntah pape ::

Manhaj+Penggerak(Murobbi+Mutarobbi)+Pure Tarbiyyah+Asolah Da'wah=Mantop

Sumer2 diatas+Wadah=Mantop Tahap Power Rangers

mm, untuk mnjadi MANTOP YG TAHAP POWER RANGERS=Nk x nk Wadah wajib dilengkapi dgn benda2 diatas..(maaf kirenyer sedikit mengelirukan). sooooo, mmmmmmmmmm, errrrrrrrr, ishhhhh, x dr pape la..JazakumuLLAH kerana sudi menyinggah

:: PeNyAkiT YaNg MeNyAkitKaN ::




Anta/Anti terkena sakit flu? Biasanya apabila kita banyak melakukan aktiviti tetapi tidak disertai istirehat dan makanan yang menunjang serta kondisi cuaca yang tidak ngam dapat membuat seseorang akan mudah mendapatkan penyakit FLU tersebut. Untuk mengubati penyakit tersebut biasanya doktor akan bagi minum ubat dan istirahat yang cukup.

Lalu bagaimana seorang ikhwah klu terkena FLU (Futur, Lesu, Uzlah)? Jawabnya tidak jauh berbeza dengan seorang yang terkena penyakit flu. Adanya beberapa kes tentang al akh yang kemudian sangat aktif dalam organisasi dakwah kemudianya tiba-tiba enggan untuk aktif kembali, ada juga yang hanya sekadar untuk menggugurkan kewajiban sebagai mutarobbi dengan prinsip "Asal Murobbi Senang" atau "Asal tidak tercatat negatif dalam struktural".


Penyebab sakit F L U
Untuk mengetahui seorang ikhwah terkena penyakit FLU, maka ada baiknya kita membuka kembali buku yang menjadi acuan aktivis tahun '90an yaitu "Terapi Mental Aktivis Harakah" tulisan DR. Sayyid Muhammad Nuh. Penyakit Futur ditempatkan pada bab pertama setelah bab pendahuluan mengenai "penyakit-penyakit di tengah jalan." Dua hal utama terjadinya futur adalah berlebih-lebihan dalam beragama dan suka menyendiri atau meninggalkan jamaah.

Terjadinya seorang al-akh berlebih-lebihan dalam beragama disebabkan banyaknya tugas yang dipikul oleh ikhwah tersebut dan tidak dibantu dalam sebuah 'team'. Tampaknya sudah menjadi suatu kebiasaan atau rahsia umum dikalangan kita bahwa apabila seorang ikhwah yang mendapatkan amanah sebagai ketua dalam jabatan perancangan maka biasanya ketua tersebut yang akan dituntut untuk tugas-tugas yang ada dan ikhwah yang lain sibuk dengan tugas-tugas luar.

Hal lainnya adalah suka menyendiri atau meninggalkan jamaah, biasanya seorang ikhwah lebih menyukai kesendirian mungkin tidak lagi merasakan manisnya semangat ukhuwah dalam berjamaah serta tidak menemukan adanya nuansa ruhiyyah ketika melakukan aktiviti ibadah dalam kesunyian. Dalam kesunyian ini, apabila ada saudaranya yang membiarkannya dalam kondisi tersebut, lambat laun namun pasti akan menjerumuskan akh tersebut dalam kelesuan beraktiviti dakwah. Beliau akan lebih suka dalam kemanisan beribadah daripada kesusahan aktivitas dakwah.

Lesu akan menjadi tingkat yang paling berbahaya dalam kondisi futur bagi seorang ikhwah, kerana apabila seorang al-akh sudah mengalami kelesuan biasanya lebih suka untuk Uzlah. Uzlah bisa dijadikan alasan seorang ikhwah karena lebih merasakan manisnya nilai ruhiyyah daripada berdakwah ke masyarakat. Adapula yang beralasan bahawa dengan bergaul dengan manusia dapat menganggu konsentrasi beribadah dengan melupakan pengertian ibadah yang sebenarnya.


Terapi Penyakit F L U Kader
Untuk mengubatinya tentu saja yang bersangkutan harus dapat memotivasi diri kembali dengan membaca buku-buku yang diperlukan, muhasabah diri pada saat istirehat. Tetapi, selain penyembuhan oleh yang bersangkutan maka kondisi lingkungan yang kondusif dalam proses penyembuhan tersebut. Menjenguk dan memberi oleh-oleh dari saudaranya bisa menjadi cara untuk mempercepat proses penyembuhan.

Seperti etika dalam menjenguk orang sakit, diusahakan tidak membahas tuntutan tugas dakwah, masalah-masalah dakwah yang harus diselesaikan, tetapi pembicaraan dapat diarahkan mengenai perhatian terhadap dirinya, keluarga dan hal-hal lain mengenai kesulitan prbadi kehidupannya dan akan lebih baik bila menawarkan diri untuk membantunya membantu permasalahan yang dihadapinya.

"Bagaimana kabar antum akhi?" Sudah lama tidak pernah kelihatan" Terdengar lebih baik dan manis daripada teguran "Kemana saja antum? Banyak tugas tuh!" atau "Kemana saja antum" Dimana saja antum bersembunyi antum akan tetap dicari akhi, bahkan bisa jadi catatan kaderisasi untuk tingkatan antum!?.

Atau "Akh, tugas yang kemarin antum dapat ada yang bisa ana Bantu?" juga terasa lebih baik dan melegakan bila dibandingkan "Bagaimana nih kerjaan antum? Kok hasilnya begini?". Ucapan-ucapan tersebut kelihatan sederhana tetapi sangat berpengaruh dalam dakwah fardiyah, silahkan baca kembali Sentuhan hati penyeru dakwah, panduan berdakwah syabiah tulisan Abbas As-sisi.


Memanusiakan kader dakwah
"Ikhwan juga manusia" begitu kadang sindiran beberapa akh dalam sebuah pembicaraan. Bersikaplah realistis terhadap kondisi saudara kita. Seorang al-akh yang sangat kekurangan dalam kondisi ekonomi, keluarga, waktu atau kesehatan tidak pernah kita anggap sebagai suatu masalah, tidak kita perhatikan bahkan tidak memberi solusi karena kita menganggap dia adalah kader dakwah yang harus menyelesaikan masalahnya sendiri karena masalah umat sudah terlalu banyak.

Paradigma yang berbunyi "Masalah dai bukan masalah umat" seharusnya diubah menjadi "Dai adalah bagian dari umat dan permasalahan dai adalah bagian dari permasalahan umat", sehingga dengan demikian, sudah seharusnya kita memberi perhatian lebih terhadap permasalahan yang dihadapi oleh para kader dakwah karena mereka adalah penggerak atau motor dalam masyarakat. Bisa dibayangkan, bila motor penggerak rusak tentu saja tidak akan bergerak dan masyarakat tidak akan berubah karena nilai-nilai dakwah tidak pernah sampai ke masyarakat.

Sebagaimana dalam kisah sirah nabawi, kita akan banyak menemukan perhatian lebih Rasulullah terhadap para sahabatnya sebagai motor penggerak utama, seperti sebelum shalat berjamaah beliau memperhatikan siapa si fulan yang tidak hadir dan menanyakan keadaannya. Bahkan tidak hanya menanyakan tetapi juga berkunjung memberi bantuan. Inilah cara yang diajarkan Rasulullah, seroang Murabbi, tauladan kita semua.


Bahasa Motivasi lebih baik dari bahasa ancaman
Apa yang menyebabkan para ulama kita terus berjuang dan berdakwah serta bersabar dalam medan yang susah pada zaman atau era terdahulu? Tentu saja jawabannya adalah untuk menggapai ridho-Nya dan dimasukkan dalam jannah-Nya, sebuah tujuan utama dalam mengisi lembar dakwah di dunia ini. Dengan adanya tujuan dalam diri mereka amka mereka akan mempunyai daya gerak yang luar biasa sebagaimana kualitas ini disebutkan dalam QS. Al Anfaal: 65 -66, bahwa nilai mereka bisa lebih besar 10 kali, 100 kali bahkan 1000 kali.

"Wahai Nabi (Muhammad) kobarkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar diantara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir, karena orang-orang kafir itu adalah kaum yang tidak mengerti." "Sekarang Allah telah meringankan kamu karena Dia Mengetahui bahwa ada kelemahan padamu. Maka jika diantara kamu ada seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus (orang musuh), dan jika diantara kamu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus ribu orang dengan izin Allah, Allah beserta orang-orang yang sabar."

Sebuah kekuatan yang luar biasa, kekuatan yang melebihi segalanya hingga meruntuhkan rasa takut terhadap ancaman manusia, mereka lebih takut terhadap ancaman Allah SWT, ancaman apabila catatan amal perbuatan yang buruk akan diberikan dari punggung manusia. Mereka lebih takut terhadap ancaman tersebut daripada ancaman yang keluar dari seorang manusia.

Motivasi diri itu tumbuh dari kesadaran akan tujuan utama, daya gerak akan keluar dengan kekuatan yang luar biasa. Bandingkan dengan orang yang bekerja atas dasar motivasi Allah semata dengan orang yang bekerja atas dasar takut akan ancaman terhadap manusia, manakah yang akan bergerak secara terus menerus dan mempunyai kekuatan yang luar biasa? Pergeseran nilai dakwah ini mulai dirasakan oleh beberapa ikhwah, bahasa ancaman mulai terdengar apabila ikhwah tidak mencapai target. Ancaman terhadap nilai catatan seorang kader dianggap sebagai sesuatu yang penting bagi perjalanan "karir" kader dakwah tersebut, hingga hal tersebut mempengaruhi nilai kerja di lapangan. Kader dakwah akan mengutamakan kerja yang lebih mendekatkan pada jenjang "karir", pemilihan lapangan dakwahpun diperhitungkan. Dalam hitungan beberapa kader, sebuah institusi bukanlah tempat yang prestisius dan menjanjikan karena selain "tidak pernah dilihat", banyak tugas operasional yang harus dilakukan dalam memenuhi nilai target, mulai dari mencari dana hingga melakukan kegiatan.

Namun demikian adapula ikhwah yang melihat dari sudut pandang berbeda, syiar menjadi ladang amal yang luar biasa, nilai keikhlasan dan kesabaran benar-benar diuji, mental ditempa, pemikiran pun akan diajak untuk selalu diasah dan pengorbanan pun akan selalu dituntut. Mereka tidak begitu mempedulikan siapa yang akan melihat kerja mereka, walau mereka sudah bekerja optimal bahkan maksimal dalam berdakwah tetapi masih saja disalahkan, mereka menganggap sebagai suatu masukan dan evaluasi. Mereka yakin bahwa Allah SWT Maha Melihat apa yang dilakukan hamba-Nya, Dia mempunyai catatan tersendiri untuk hamba-hamba-Nya.

Dari segelintir merekalah, maka dakwah berjalan dengan berbagai program dan kegiatan, tetapi dalam realitanya, dari segelintir ini, satu persatu perlahan mulai terkena penyakit FLU. Banyaknya permasalahan dan tuntutan tugas, minimnya perhatian saudaranya serta kondisi lingkungan yang tidak kondusif membuat daya tahan "iman" seorang akh akan dapat ditembus oleh penyakit FLU ini, di sisi lain rekrutmenpun berjalan lambat yang komitmennyapun masih harus diuji dalam lapangan dakwah.

Bisa jadi tulisan ini hanyalah salah satu peristiwa khusus yang kemudian dijadikan kasus umum, bisa jadi pula tulisan ini sebuah realita yang tersembunyi dan menggerogoti nilai dakwah secara senyap sedikit demi sedikit, seperti kerja anai-anai pada sebuah batang kayu, tampak bagus dalam data tetapi mulai hilang dalam nilai, bagus dalam kuantitas. Hanya saja, bila fenomena ini benar dan mulai mewabah maka harus kita sikapi dan tangani secara bijaksana dan mulai dicarikan "ubat" yang manjur serta "doktor" yang berpengalaman.

Semoga Allah SWT memberikan istiqomah serta keikhlasan kepada kita semua dalam melanjutkan warisan risalah dakwah ini dan semoga Allah SWT memberikan kepada kita kemuliaan di sisi-Nya, Amiin.

Engkau merangkak mencari mulia,
Dan orang-orang yang mencarinya berusaha
Sepenuh jiwa menempuh kelelahan

Mereka mengejar mulia hingga
Banyak yang jemu,
Yang akan menemukannya hanya yang
Sungguh-sungguh dan bersabar.
Jangan mengira bahwa mulia adalah kurma
Yang akan kau makan,
Tak akan pernah kau dapatkan mulia
Sebelum pahitnya sabar.

:: JaUh LagI AkHii ('',) ::



"Akh, dulu ana merasa semangat saat aktif dalam da'wah. Tapi belakangan rasanya semakin hambar. Ukhuwah makin kering. Bahkan ana melihat ternyata ikhwah banyak pula yang aneh-aneh."Begitu keluh kesah seorang mad'u kepada seorang murobbinya di suatu malam. Sang murobbi hanya terdiam, mencoba terus menggali semua kecamuk dalam diri mad'unya. "lalu apa yang ingin antum lakukan setelah merasakan semua itu ? " sahut sang murobbi setelah sesaat termenung. " Ana ingin berhenti saja, keluar dari tarbiyah ini. Ana kecewa dengan prilaku beberapa ikhwah yang justru tidak Islami. Juga dengan organisasi dakwah yang Ana geluti; kaku dan sering mematikan potensi anggota-anggotanya. Bila begini terus, Ana mendingan sendiri saja." Jawab mad'u itu.




Sang murobbi termenung kembali. Tidak tampak raut terkejut dari roman di wajahnya. Sorot matanya tetap terlihat tenang, seakan jawaban itu memang sudah diketahuinya sejak awal. " Akhi, bila suatu kali antum naik sebuah kapal mengarungi lautan luas. Kapal itu ternyata sudah sangat bobrok. Layarnya banyak berlubang, kayunya banyak yang keropos bahkan kabinnya bau kotoran manusia. Lalu, apa yang akan antum lakukan untuk tetap sampai pada tujuan?". Tanya sang murobbi dengan kiasan bermakna dalam. Sang mad'u terdiam dan berfikir. Tak kuasa hatinya mendapat umpan balik sedemikian tajam melalui kiasan yang amat tepat. " Apakah antum memilih untuk terjun kelaut dan berenang sampai tujuan?". Sang murobi mencoba memberi opsi. "Bila antum terjun ke laut, sesaat antum akan merasa senang. Bebas dari bau kotoran manusia, merasa kesegaran air laut, atau bebas bermain dengan ikan lumba-lumba . tapi itu hanya sesaat.Berapa kekuatan antum untuk berenang hingga tujuan?. Bagaimana bila ikan hiu datang. Darimana antum mendapat makan dan minum? Bila malam datang, bagaimanan antum mengatasi hawa dingin?" serentetan pertanyaan dihamparkan dihadapan sang mad'u. Tak ayal, sang mad'u menangis tersedu. Tak kuasa rasa hatinya menahan kegundahan sedemikian.




Kekecewaannya kadung memuncak, namun sang murobbi yang dihormati justru tidak memberi jalan keluar yang sesuai dengan keinginannya."Akhi, apakah antum masih merasa bahwa jalan dakwah adalah jalan yang paling utama menuju ridho Allah? " Bagaimana bila ternyata mobil yang antum kendarai dalam menempuh jalan itu ternyata mogok? Antum akan berjalan kaki meninggalkan mobil itu tergeletak dijalan, atau mencoba memperbaikinya? . Tanya sang murobbi lagi.Sang mad'u tetap terdiam dalam sesenggukan tangis perlahannya. Tiba-tiba ia mengangkattangannya :"Cukup akhi, cukup. Ana sadar.. maafkan Ana…. ana akan tetap Istiqomah. Ana berdakwah bukan untuk mendapatkan medali kehormatan. Atau agar setiap kata-kata ana diperhatikan…"Biarlah yang lain dengan urusan pribadinya masing-masing. Biarlah ana tetap berjalan dalam dakwah. Dan hanya Allah saja yang akan membahagiakan ana kelak dengan janji-janji- Nya.




Biarlah segala kepedihan yang ana rasakan menjadi pelebur dosa-dosa ana". Sang mad'u berazzam dihadapan sang murobbi yang semakin dihormatinya.Sang murobbi tersenyum "Akhi, jama'ah ini adalah jamaah manusia. Mereka adalah kumpulan insan yang punya banyak kelemahan. Tapi dibalik kelemahan itu, masih amat banyak kebaikan yang mereka miliki . Mereka adalah pribadi-pribadi yang menyambut seruan Allah untuk berdakwah. Dengan begitu, mereka sedang berproses menjadi manusia terbaik pilihan Allah." "Bila ada satu dua kelemahan dan kesalahan mereka, janganlah hal itu mendominasi perasaan antum. Sebagaimana Allah ta'ala menghapus dosa manusia dengan amal baik mereka, hapuslah kesalahan mereka dimata antum dengan kebaikan-kebaikan mereka terhadap dakwah selama ini. Karena di mata Allah, belum tentu antum lebih baik dari mereka."




"Futur, mundur, kecewa atau bahkan berpaling menjadi lawan bukanlah jalan yang masuk akal. Apabila setiap ketidak-sepakatan selalu disikapi dengan jalan itu , maka kapankah dakwah ini dapat berjalan dengan baik?" sambungnya panjang lebar. "Kita bukan sekedar pengamat yang hanya bisa berkomentar. Atau hanya pandai menuding-nuding sebuah kesalahan. Kalau hanya itu, orang kafirpun bisa melakukannya. Tapi kita adalah da'i. kita adalah khalifah. Kitalah yang diserahi amanat oleh Allah untuk membenahi masalah-masalah di muka bumi. Bukan hanya mengeksposnya, yang bisa jadi justru semakin memperuncing masalah."Jangan sampai, kita seperti menyiram bensin ke sebuah bara api. Bara yang tadinya kecil.tak bernilai, bisa menjelma menjadi nyala api yang yang membakar apa saja. Termasuk kita sendiri!" "Bekerjalah dengan ikhlas. Berilah taushiah dalam kebenaran, kesabaran dan kasih sayang kepada semua ikhwah yang terlibat dalam organisasi itu. Karena peringatan selalu berguna bagi orang beriman.




Bila ada isyu atau gosip tutuplah telinga antum dan bertaubatlah. Singkirkan segala ghil antum terhadap saudara antum sendiri. Dengan itulah, Bilal yang mantan seorang hamba hina menemui kemuliaannya." Suasana dialog itu mulai mencair. Semakin lama, pembicaraaan melebar dengan akrabnya. Tak terasa, kokok ayam jantan memecah suasana. Sang mad'u bergegas mengambil wudhu untuk berqiyamu lail. Malam itu. Sang mad'u sibuk membangunkan mad'u yang lain dari asyik tidurnya. Malam itu sang mad'u menyadari kesalahannya. Ia bertekad untuk tetap berputar bersama jama'ah dalam mengarungi jalan dakwah. Pencerahan diperolehnya. Demikian juga yang kita harapkan dari semua kita.

:: STUdio...STUdio...STUdio ::






bacer dgn hati sorang DA'IE yer ('',)v

Esok ana balik rumah..bali raye dgn kluarge terchenta..n dengan adik2 usrah dekat klantan..prasaan yg amat best tu trus ilang pagi tadi..ana ingatkan design dah OK, tp KO plak jadiknyer..macam huru-hara gak r jiwa mule2 tu..tp nk wat mcm mane, sape suruh amek course ni..dah ler susah, 5 tahun plak tu..ALHAMDULILLAH..sabar je lah syawal..huhu..dalam kegundah-gelanaan ana tu (setelah disuruh untuk REDO design)..ana hanya mampu berkata2 dalam hati..YA ALLAH permudahkanlah aku




tetibe jer, ntah mcm maner, ana berada di depan studio master ana..Dr Fauzi the great..huhu..(die ni memang terkenal di kalangan budak2 arkitek)..tengah die sibuk berceriter pasal structure, dengan kegelisahan yg td telah membaluti diri ni..ana tertarek dgn part of his words..(nanti diceritakan dibawah)


p/s:cerita di atas ni hanyalah sekadar pem'buka'an sahaja..tidak terdetik niat utk bercerita hal peribadi tp rasenyer ia sedikit sebanyak dpt mberi gambaran ttg hidup budak arkitek yg selama ni asyik menjadi tnda tny ikhwah2 disekeliling ana..ana teringat kata2 sorg ikhwah IN******* dalam SUPER**** yg lepas..Satu ketika Mustafa masyhur pernah menasihati ikhwah2 IN*******




katamya:tarbiyyah tarbiyyah tarbiyyah tarbiyyah tarbiyyah(ana kurang pasti berapa kali..huhu) wassiyaasah)




so, begitu gak ana berkata:tarbiyyah tarbiyyah tarbiyyah tarbiyyah tarbiyyah ..hahaha..pastu barulah STUdio STUdio STUdio STUdio)

OK!..berbalik kepada kata2 Dr fauzi td..katanya:

sesetengah arkitek ni (bukan sesetengah, tp hampir keseluruhan) ingin melihat bangunan yg didesign olehny sebagai satu scupture yg FANCY, CHANTEEK, DECORATION SANA-SINI, ESTETIK dan GAH dimata orang..tp pada realitinyer, hampir kesemua bangunan tu tidak terjamin dan amat lemah dari segi workability nyer..(ader sedikit mksud mendalam disitu..hehe)..pastu ana dengan tak sedarnyer tergelak sendiirian..ntah..mgkin kata2 tu bg Dr fauzi hanyalh satu untaian akademik sahaja.. tp bg ana, ia lebih dari sekadar biasa..buat aper klu bangunan tu setetik la, power la, chanteek la, gah la..tp ianyer x workability..mcm maner bangunan tu nk menampung orang??..jawabnyer abis la SYAHID org2 dkt dalam tu..so, moral of the story (ntum jgnlah jadi monyet..hehe..sekadar imbasan dari FILM SANG MIROBBI)





konklusinyer, keESTETIKan sesebuah scupture x menjamin pape, n xkan berfaedah pn sekirenyer STRUCTURE nyer x kukuh..bangunan runtuh, occupants mati..kesiaaaaann..sama2lah kiter renung2kan..JAZAKUMULLAH KHAIRAN JAZA'

: Ya Ayyhuha Al-Ikhwah!! ::


Hai saudaraku! Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah supaya tidak tergelincir setelah mantap. Hendaklah kita berjalan terus menerus di atas jalan ini. Janganlah kita merasa jemu setiap waktu di setiap tempat segala suasana walaupun keseorangan tersisih jauh di muka bumi atau di dalam penjara. Hendaklah kita merasa-rasa penyertaaan Allah, sebab Dialah sebaik-baik Penjaga dan sebaik-baik Penolong. Janganlah jemu berjalan di atas jalan dakwah walaupun jauh dari tanda-tanda kemenangan, tidak melihat hasil dan buah amal usaha dan jihad saudara. Kerana Allah tidak menghisab hasil-hasil kerja kita, tetapi Allah menghisab di atas usaha dan niat kita.


Hendaklah kita tetap beristiqamah wahai saudaraku sekalipun tidak terdedah kepada bermacam-macam gangguan dan rintangan. Walaupun kebatilan sentiasa mengancam, menakutnakutkan atau menggertak kita, sebab kita mempunyai contoh teladan yang paling baik dari Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Hendaklah kita menghayati firman Allah:


"Dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar imannya, dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa".

Al-Baqarah: 177 "


Iaitu orang-orang yang mentaati perintah Allah dan RasulNya sesudah mereka mendapat luka dalam peperangan Uhud, bagi orang-orang yang berbuat kebaikan di antara mereka dan bertakwa ada pahala yang besar. Iaitu orang-orang yang mentaati Allah dan Rasul yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan:


"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka", maka kata-kata itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab,"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yang besar dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikut keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. Sesungguhnya mereka tidak lain hanyalah syaitan yang menakutnakutkan kamu dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka tetapi takutlah kepadaKu, jika kamu benar-benar orang yang beriman ".

Alilmran: 172 175 "


Dan berapa ramai nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebih dalam urusan kami, dan tolonglah kami menghadapi kaum yang kafir". Kerana itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan".

Ali Imran : 146


Hendaklah kita tetap di atas jalan dakwah wahai saudaraku dan tidak menjauhkan diri daripadanya walau sejengkal pun sehingga KITA MATI ketika berada di atas jalan itu tanpa menukar, merubah atau memungkiri janji kita terhadap Allah dan menunggu salah satu dari dua kebaikan; iaitu kemenangan dan pimpinan manusia di serahkan kepada kita ataupun mati syahid dan berbahagia.
Syeikh Mustafa Masyhur

;;
Blog Widget by LinkWithin
Template by - Abdul Munir - 2008