:: TUTUP KEDAI ::

Ini bukan penjuruku...

:: Siapa Aku??Siapa Engkau??Siapa Kita?? ::


“Jadi saya mahu berterus terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung. Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal. Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap. Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal. Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.

Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.


Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.

Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.”

Hassan al-Banna

:: Ana Fenin Fenin ::


Sekarang ni ana tengah berada antara dua 'jalan' ni (whatever jalan je la..x perlu tahu pung..haha)..berdenyut2 kepale gue ni haa..doakan smoge langkahku ke jalan yg 'lebih baik'..BiizniLLAH..jazakumuLLAH!!

:: Sezarah 'Amal ::

Salam..

Udah leme bebenor enggak ku update blog inii yaaa..hmm, post kali ni hanyalah sekadar perkongsian yang ana rase 'ktorang' patut kongsikan. semoga ianya sedikit sebanyak memberikan ledakan semangat buat antum n antunna sekalian..seimbas lalu wasilah tajmi' DF, Ta'lim n Rehlah yang telah dijalankan..

hanyalah perkongsian, bukanlah untuk berbangga..praktikkan apa yang kita tahu, buang segala perasaan malu dan ego..insyaALLAH klu itu diterima sebagai 1 pengorbanan, maka yakinlah ALLAH akan bersama dengan kita ya ayyuha AL-IKHWAH wa AKHAWAT!!..YAKINLAH!!..YAKINLAH!!..dan terus YAKINLAH!!..

kepada ikhwah2 dari kolej lain seperti dari KP, KTC, K10 yang juga melakukan progressss yang same, semoga ALLAH memudahkan korang..semoga ALLAH menjaga hati kami n kalian..SUNGGUH, KAMI TELAH MEYAKINI DAN MENGIMANI!!

brsama sebahagian mad'u naik balai cerap

rehlah ke hutan bandar bsama mad'u (fully DF alhamduliLLAH) krp, ktho, kp n ktc

ta'alim

''WAHAI ORANG YANG BERIMAN! MENGAPA KAMU KATAKAN APA YANG KAMU TIDAK LAKUKAN..''
61:2

:: Maliziyy!!..man ikhwan??..hehe ii ::


Rasanya semua orang setuju tentang perkara ini. Tulisan ini bagi menjawab persoalan Tariq Ziad yang mempersoalkan kenapa Ikhwan dijadikan “bench mark” dalam menilai gerakan Islam?


Slanjutnya, soalan siapa Ikhwan di Malaysia? Apa yang penting sangat? Lagi pun Ikhwankan di Mesir, bentuk muka bumi pun tidak sama antara Mesir dengan Malaysia. Nampaknya manhaj Ikhwan suatu yang tidak praktikal, sebaliknya lebih bersifat ilusi.


Saya sebenarnya terbuka dan tidak bermasalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah ini, termasuk apa sahaja pandangan seseorang kepada Ikhwan, sesuai tidaknya di Malaysia dan siapa-siapa saja mereka di Malaysia ini. Cuma dari segi amanah ilmu saya ingin menerangkan beberapa perkara:


PERTAMA; Imam al Banna sebagai mujaddid kurun 20 satu yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak dan barangkali termasuk anda yang dari berbagai intima’ (anggota jamaah)


KEDUA; Bidang tajdid yang dilakukan oleh al Banna ialah tajdid agama. Dan agama adalah satu yang universal sifatnya. Ia bukan budaya mesir, tetapi agama Islam yang dianuti oleh umat Islam diseluruh dunia. Jadi Ikhwan yang lahir dari pemikiran tajdid memiliki ciri universal. Tidak tepat bagi saya jika kita melihatnya sebagai budaya setempat yang hanya sesuai dengan orang Mesir sahaja. Kefahaman Islam syumul umpamanya, satu cara pandang yang dibawa oleh al Banna yang mewarnai gerak kerja Ikhwan, adakah itu hanya thaqafah orang Mesir atau semua orang Islam kena faham begitu?


KETIGA; Ijtihad dalam masalah cara bagaimana kita ingin bangunkan semula umat ini (manhaj perubahan). Ikhwan ada pandangan dia tersendiri berdasarkan kaedah instimbat mereka yang diambil daripada al quran dan sunnah. Justeru Ikhwan ada manhajnya sendiri dalam kerja-kerja dakwah untuk mengembalikan semula kemegahan silam. Bahkan Ikhwan menganggap manhaj taghyir sebagai perkara “tawaqufi” yang tidak boleh direka. Kalau anda ada kaedah istimbat (mengeluarkan hukum) sendiri, dan boleh terus mengeluarkannya daripada al quran dan sunnah, kenapa tidak? Isu ini sama sahaja dengan isu feqah ada perbezaan pandangan antara mazhab empat kerana perbezaan kaedah istimbat masing-masing mazhab. Itu pun bagi saya masih dalam soal agama bukan budaya tempatan. Memang ada golongan yang men”thaqafah”kannya (menjadikan ia taqafah misriyyah). Jadi timbul istilah fikh malizi dan sebagainya. Saya melihat banyak kumpulan di Malaysia berpegang begitu, sebab itu ada yang menolak konsep “alamiyyatu ad dakwah” ada yang buat al manhaj al malizi dan yang tinggalkannya dalam bentuk yang pragmatik (base kepada peluang). Oleh itu tiada sensitivi dalam soal itu, yang penting ialah kita telah melakukan kajian, melaksanakan kaedah istimbat bahawa cara kita menepati dengan sunnah/sirah nabi, pernyataan sejarah, dan bacaan waqi’ yang tepat dan mendalam sehingga kita yakin bahawa cara kita itu boleh membawa kita kepada kejayaan.


KEEMPAT; Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa waqi’ Mesir berbeza dengan waqi’ Malaysia. Sebab itu perlu penyesuaian dalam beberapa hal yang berkaitan dengan uslub. Kita tahu bahawa kita tidak boleh memindahkan(mengkias) pengalaman dakwah di satu negara ke negara yang lain sepenuhnya tanpa mengambil kira faktur waqi’ yang berbeza. Sebagai contoh, demontrasi pelajar di Jakarta telah berjaya menjatuhkan Suharto, lalu kita nak ikut mereka dan buat demontrasi nak jatuhkan Mahathir. Itu tidak berlaku kerana masyarakatnya berbeza. Oleh itu bagi mereka yang percaya dengan fikrah tajdid Al Banna dalam membangunkan semula Islam perlu melakukan ijtihad tatbiqi (perlaksanaan) bagaimana fikrah tajdid dapat diterjemahkan dalam konteks Malaysia dengan struktur masyarakatnya yang unik dan tersendiri. Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang detail kandungan ijtihad itu di sini sama ada dari segi kandungan fikrah, pendirian berkaitan isu-isu, objektif, wasilah dan uslub. Cuma saya tegaskan bahawa memerlukan satu ijtihad yang saya namakan ijtihad tatbiqi.


KELIMA; Penting juga saya ungkapkan di sini bagi sesiapa yang berminat dengan idea Ikhwan seharusnya memahami dan menguasai usul fikri Ikhwan bagi melayakkan ia melakukan ijtihad mengikut mazhab ikhwan yang betul dalam mengemukakan pendekatan dakwah yang sesuai dengan realiti tempatan. Ia tidak cukup dengan meniru beberapa wasail tertentu dalam tarbiah atau seumpamanya sahaja. Saya Ikhwan sebab saya buat beberapa perkara yang ikhwan buat. Sekali lagi persoalan ini tidak timbul bagi mereka yang tidak minat dengan fikrah al Banna.

Wallahu a’lam



p/s: petikan dari ust Abdullah Zaik.

:: Maliziyy!!..Man Ikhwan??..hehe ::

Abuadil kata Ikhwan yang paling hampir kepada manhaj nabi. Tetapi siapa Ikhwan di Malaysia? Soalan cepu emas kata orang. Saya rasa ini persoalan yang sudah lama diperbincangkan. Saya tidak pasti apakah persoalan ini masih relevan?

Mari kita uji

Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.

Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?

Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?

Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?

Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.

Abuadil orang PAS, sempat baca buku ikhwan sambil tebar roti canai?

p/s: petikan dari ust Abdullah Zaik.

:: sekadar perkongsian ii ::



Salam..ana hrap kalian semua berada di dalam ‘Afiah hendaknyer..aro tu ana ader post few perkongsian psal ‘hidup robot’..mm, tp perasaan tu trus hilang stelah ‘kami’ bertemu dgn ikhwah seperjuagan lain..


AlhamduliLLAH, setelah difikirkan kembali, mungkin nilah nikmat ukhuwwah yang selalu digembar-gemburkan n patutlah ia dikatakan tunjang kepada kebersamaan di dalam tarbiyyah..AlhamduliLLAH..cumenyer ana ade bbrape prkare yang ingin dikongsikan


MUKHAYYAM DI JOHOR

HALAQAH

MAD’U DI FIRMA

MAD’U DI WANGSA MAJU

MAD’U UPM (BUDAK MEDIC MESIR)

DAURAH DARI ‘ATUK’

JAULAH KE NOGOGHI 9

Alhamdulillah..ni adalah antara aktviti2 yang ktorang sempat isi selama 2 minggu dok jadik tukang robot draughtmanship..hmm, sbenarnyer ana baru faham practicallynyer cabaran2 dalam hidup..x de alasan bagi sorang da’ei untuk tidak menggerakkan dirinyer sbb mmg banyak benda yang boleh dibuat..


Mgkin ade yang akan kata


‘’alah, baru praktikal, boleh la gebang..banyak lagi mase..tunngu la nta, pasni nk kene keje btol, pastu kawen, pastu anak pulak, pastu bla bla bla..tunggu laaaaa’’..(benda biase yang dah didengar)..


tp bagi ana mmg la kt akan diBZkan tp patut ker jadikan benda tu sbgai alas an untuk mengelakkan diri dari melakukan UTAMA KITER??(semoga ALLAH menjaga hati2 kita)..So, ape yg boleh disimpulkan rasenyer lebih kurang mcm ni la kuuut..


‘’it is not important who you are, or what you do..it is all the matters about how you try to DO THINGS WITH YOUR BEST EFFORT..’’


Haha..skipping la plak aku ni..hmm..pape pn bingkisan dkat atas ni hanyalah untuk peringatan n perkongsia..smoge mnjadi pringatan untuk diriKU dan diriMU..AMEEEEnn

:: Beruntung sungguh Si 'Fulltimer' ::



Salam..hati ni tengah bergelumang dengan pelbagai mehnah dunia. X habis2 hari kene mngadap drawing yang x siap2..klu x buat, pegawai nk tengok plak..adushh!!..alangkah boringnyer hidup macam ni..baru jer few days tp dah rase mcm nk retire..tp time ni lah baru aku sedar akan situasi pak cik2..huhu..n ana rase sape2 yg x biasa menjadi 'robot' akan merasakan ape yg ana rase..


Ptutlah Abah ana dulu retire dari jadik pereka dalaman..katenyer mase utk da'wah ckit giler..x sempat nk 'menyeru'orang lain..hmm, tp pape hal pn idup msti dtruskan..nasib baik aku praktikal dgn sorg ikhwah ni..Alhamdulillah, kami cube mewujudkan suasane yang x der..erk..mm..pape pn, Beruntung Sungguh Si Fulltimer Da'wah..


Utk diri n Ikhwah Akhawat sekalian..katenyer Syed Qutb:

Saat kekalahan itu adalah apabila seseorang akh itu merasa lemah..ttp saat kemenangan itu pula adalah saat pabila akh itu melawan rasa putus asa tersebut..doakan kami disini..jzkk

:: 'Askar Thullab ::



Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar Islam Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka.

Tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.

Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakat Islam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang mulia itu? Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi. Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan sebilangan kecil saja. Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam di hati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.

Ada pun ibu-ibu 'moden' pada masa sekarang, mereka tidak pernah menyebutmelainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filem baru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salah seorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya. Peranan Pelajar 18 Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidik dengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan mereka dari masa ke masa untukmencatit sejarah kepahlawanan dan pengorbanan yang gemilang.

Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam.

Kesemuanya ini hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping latihan ketenteraan yang bermutu. Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka. Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.

:: Manhaj Da'wah ::

Manhaj yang betul-betul boleh mencernakan individu dan generasi muslim ialah manhaj yang sempurna dan menyempurnakan dan kesemua sudut, sama ada dan segi pemikiran, kerohanian akhlak dan individu dan harakah yang boleh mencapai kesempurnaan (takamul) dan perimbangan (tawazun) dalam pembinaan syaksiyah Islamiyyah.

Satu sudut harus dipastikan tidak menguasai yang lain sehingga membawa gambaran yang buruk terhadap syaksiyah Islamiyyah atau membawa ketidak sempurnaan syaksiyah itu tadi. Manhaj yang dihajati oleh harakah ialah manhaj yang telah dapat melahirkan sebaik-baik umat dan kalangan manusia yang jahil dan manhaj yang mampu melahirkan pada tiap zaman dan tempat jenerasi yang berpegang kepada kebenaran.

Yang berjuang demi kebenaran dan yang tidak dapat dimudaratkan oleh musuhmusuhnya sehinggalah datang ketetapan Allah.Tanpa jenerasi manusia seumpama ini tidak mungkin harakah Islamiyyah dapat menghadapi realiti Jahiliyyah dan dapat mengatasi mereka.

‘Umar bin Al-Khattab telah menulis surat kepada ‘Umar bin Al-’Ass, tatkala ‘Umar lambat dapat menakluk negeri Katanya:

“Amma ba’du: Aku hairan di atas kelambatan kamu menakiuk negeri Mesir setelah kamu berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuhmusuh kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”. Dalam wasiatnya kepada Sa’ad bin Mu’az, ketna tentera Islam ke Farsi. Katanya:

”Amma ba’du. Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi seteru, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada seteru kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh.Ke menangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.

:: SEUNTAI TAWAKKAL ::




salam..kehadapan ikhwah dan akhawat yg ana 'care' sekalian :i


mgkin skarang ni umat Islam tgh bergelojak dgn kemarahan terhadap al-yahud LA'NATULLAH!!..sememangnye mereka adalah BANGSA SYAITHANI..


tp dalam arus gelojak kemarahan ummah ini..ana ingin mengingatkn diri sendiri terutamanya dan ikhwah akhawat sekalian..hmm..mgkin sekarang ni kt tengah sibuk dgn perancangan2 dan strategik da'wah masing2..mcm2 adaaa..ade yg nk target dgn DA'WAH FARDHIYAH lah, dengan WADAH lah..dengan dua2 lah..mcm2..almaklumlah kt baru jer start sem baru..so, mcm2 target yang dibuat demi menjamin penerusan da'wah di locality masing2..


ALHAMDULILLAH!!..semoga semangat yang terus membara ini akan membuahkan hasil yang pada akhirnya insyaALLAH menuju kearah takwinul ummah yang manthop..pada saat itu, tidak ada siapa pun berani memijak-mijak kita!!..bahkan si kuffar x akn berani menjeling walaupn sekali kearah kita!!..sungguh!!..itu adalah janji-NYA!!


ALHAMDULILLAH sekali lagi..cumenye ade lg 1 perkara yang ingin diingatkan..mgkin ni x lebih dari sekadar perkongsian..ana dapat ni dari naqib2 ana dekat kelantan..kite slalu mengingatkan mad'u2 kt tentang ujian2 yang ALLAH akn berikan kepada hambanya demi menjamin kekukuhan iman seseorang..dan kita selalu jugak bagtahu mad'u kita yang ujian tu datang dalam mcm2 bentuk..baanyaaaak sangat..hinggakan dari arah yang kita sememangnya x sangka-sangka..


PERANCANGAN..mcm yang dah ana tulis dkt atas ni..kt sibuk dengan perancangan..ana x kata salah..cumenyer mcm mane agaknyer klu ujian ALLAH kepada kita (si penggerak) ni pulak datngnya dari arah itu???..adakah keyakinan kita terhadap perancangan2 kita yang manthop tu sedikit terlebih dari keyakinan kita terhadap MARDHOTILLAH???..sekali lagi ana nk statekan..bingkisan ini hanyalah perkongsian..bukan nk menghentam sape2..x lain x bukan hanyalah ingin ingatkan hati2 kita ni supaya selalu 'berkerja' kerana ALLAH..bukan keutamaannya terhadap mencapai target2 tertentu..bukan merancang itu salah..bahkan ia teramatlah penting dan WAJIB plak tu utk kt utk merancang..tp persoalannya sejauh mane keyakinan kita terhadap perancangan kita dan keyakinan kita terhadap ALLAH..takut2 keyakinan terhadap strategi dan perancangan melebihi keyakinan kita terhadap ALLAH..sekali lagi sekadar peringatan kepada diri yang sering terlupa..JAZAKUMULLAH kerana sudi menatap :)
p/s:sila rujuk KONSEP TAWAKKAL DALAM ISLAM karangan Yusuf Qardhawi


''DAN MEREKA MERANCANG, DAN ALLAH JUGE MERANCANG, DAN KETAHUILAH ALLAH ADALAH SEBAIK2 PERANCANG''

:: SAUDARAKU!! ::

Betapa syaitani bangsa yahudi!!..LA'NATULLAH 'ALALYAHUUD!!

:: part of YOU and ME ::




:: TAKWIN AL-UMMAH ::


1. Membentuk Umat (Ali Imran :104)
104. Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar[217]; merekalah orang-orang yang beruntung.
[217] Ma'ruf: segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya.



2. Proses ini disebut Takwin Syakhshiyah Islamiyah (pembentukan kepribadian Islam)
a. Iman yang lurus (Al Maa-idah :54, Al Hujuraat :15) 54. Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.
15. Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.
b. Takwa yang sebenar-benarnya (Ali Imran :102)
102. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.
c. Islamisasi kehidupan (Al Baqarah :208)
208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.



3. Proses ini disebut Takwin Ruhul Jamaah (membentuk semangat berjamaah) (Ali Imran : 195, At Taubah :71)
195. Maka Tuhan mereka memperkenankan permohonannya (dengan berfirman): "Sesungguhnya Aku tidak menyia-nyiakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu, baik laki-laki atau perempuan, (karena) sebagian kamu adalah turunan dari sebagian yang lain[259]. Maka orang-orang yang berhijrah, yang diusir dari kampung halamannya, yang disakiti pada jalan-Ku, yang berperang dan yang dibunuh, Pastilah akan Ku-hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan Pastilah Aku masukkan mereka ke dalam surga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, sebagai pahala di sisi Allah. dan Allah pada sisi-Nya pahala yang baik."
[259] maksudnya sebagaimana laki-laki berasal dari laki-laki dan perempuan, Maka demikian pula halnya perempuan berasal dari laki-laki dan perempuan. kedua-duanya sama-sama manusia, tak ada kelebihan yang satu dari yang lain tentang penilaian iman dan amalnya.
71. Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma'ruf, mencegah dari yang munkar, mendirikan shalat, menunaikan zakat dan mereka taat pada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
a. Berpegang teguh dengan tali Allah (Ali Imran :103)
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
b. Tidak berpecah belah/bersatu padu (Ar Ruum :31-32)
31. Dengan kembali bertaubat kepada-Nya dan bertakwalah kepada-Nya serta Dirikanlah shalat dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah, 32. Yaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka[1169] dan mereka menjadi beberapa golongan. tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka.
[1169] Maksudnya: meninggalkan agama tauhid dan menganut pelbagai kepercayaan menurut hawa nafsu mereka.
c. Kesatuan hati (Al Anfaal :63)
63. Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman)[622]. walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana.
[622] penduduk Madinah yang terdiri dari suku Aus dan Khazraj selalu bermusuhan sebelum nabi Muhammad s.a.w hijrah ke Medinah dan mereka masuk islam, permusuhan itu hilang.
d. Persaudaraan Islam (Al Hujuraat :10)
10. Orang-orang beriman itu Sesungguhnya bersaudara. sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat.



4. Takwin Syakhshiyah Islamiyah dan Takwin Ruhul Jamaah keduanya merupakan langkah penyelamatan. 5. Dilakukan oleh orang yang mendapat hidayah. 6. Dalam rangka membentuk umat Isalam a. Menyeru kebaikan b. Memerintahkan yang ma’ruf c. Mencegah yang munkar 7. Apabila Hal tersebut dilakukan maka akan mendatangkan kemenangan/keberuntungan (Ali Imran : 103)
103. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu Karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu Telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

:: Sepanjang2 cuti?! ::

Salam..pertamanya ana mitak maaf sbb dah lame bbenor x update blog ni. post yg ni pn x der pape sbnarnye cume sdikit perkongsian daripada ana sepanjang cuti

JAULAH & REHLAH KE RENGIT (main dengan kambing bersama ikhwah2 USiM..mbeeek)

TAMRIN MAD'U DI KELANTAN

REHLAH JERAM LINANG


ZIARAH IKHWAH
ZIARAH SYEIKH DR.W


JAULAH KE TERENGGANU

;;
Blog Widget by LinkWithin
Template by - Abdul Munir - 2008