:: Manhaj Da'wah ::

Manhaj yang betul-betul boleh mencernakan individu dan generasi muslim ialah manhaj yang sempurna dan menyempurnakan dan kesemua sudut, sama ada dan segi pemikiran, kerohanian akhlak dan individu dan harakah yang boleh mencapai kesempurnaan (takamul) dan perimbangan (tawazun) dalam pembinaan syaksiyah Islamiyyah.

Satu sudut harus dipastikan tidak menguasai yang lain sehingga membawa gambaran yang buruk terhadap syaksiyah Islamiyyah atau membawa ketidak sempurnaan syaksiyah itu tadi. Manhaj yang dihajati oleh harakah ialah manhaj yang telah dapat melahirkan sebaik-baik umat dan kalangan manusia yang jahil dan manhaj yang mampu melahirkan pada tiap zaman dan tempat jenerasi yang berpegang kepada kebenaran.

Yang berjuang demi kebenaran dan yang tidak dapat dimudaratkan oleh musuhmusuhnya sehinggalah datang ketetapan Allah.Tanpa jenerasi manusia seumpama ini tidak mungkin harakah Islamiyyah dapat menghadapi realiti Jahiliyyah dan dapat mengatasi mereka.

‘Umar bin Al-Khattab telah menulis surat kepada ‘Umar bin Al-’Ass, tatkala ‘Umar lambat dapat menakluk negeri Katanya:

“Amma ba’du: Aku hairan di atas kelambatan kamu menakiuk negeri Mesir setelah kamu berperang sejak dua tahun. Itu tidak lain kerana kamu menyintai dunia yang juga menjadi kesukaan musuhmusuh kamu. Allah Ta’ala tidak menolong sesuatu kaum itu kecuali atas niat mereka yang betul”. Dalam wasiatnya kepada Sa’ad bin Mu’az, ketna tentera Islam ke Farsi. Katanya:

”Amma ba’du. Aku berpesan kepada kamu dan mereka yang bersama kamu supaya bertakwa kepada Allah dalam semua keadaan. Sesungguhnya takwa kepada Allah adalah sebaik-baik bekalan menghadapi seteru, ia juga sekuat-kuat helah dalam perang. Aku berpesan kepada kamu dan tentera semua supaya kamu mengawal diri dan maksiat lebih daripada seteru kamu. Sesungguhnya dosa tentera-tentera (kita sendiri) itu lebih menakutkan dan musuh-musuh.Ke menangan kaum muslimin hanyalah dengan maksiat musuh musuh Allah. Kalau tanpa demikian, kita tidak lagi ada kekuatan terhadap musuh, kerana bilangan kita tidak sepadan dengan mereka. Kalaupun kita sama dengan maksiat nescaya mereka itu akan lebih dan kita dalam kekuatan. Ketahuilah kamu bahawa dalam perjalanan kamu itu ada kawalan Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Malulah kamu kepada mereka dan jangan kamu lakukan maksiat kepada Allah sedangkan kamu berada pada jalan Allah”.

0 Comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
Template by - Abdul Munir - 2008