:: Maliziyy!!..man ikhwan??..hehe ii ::


Rasanya semua orang setuju tentang perkara ini. Tulisan ini bagi menjawab persoalan Tariq Ziad yang mempersoalkan kenapa Ikhwan dijadikan “bench mark” dalam menilai gerakan Islam?


Slanjutnya, soalan siapa Ikhwan di Malaysia? Apa yang penting sangat? Lagi pun Ikhwankan di Mesir, bentuk muka bumi pun tidak sama antara Mesir dengan Malaysia. Nampaknya manhaj Ikhwan suatu yang tidak praktikal, sebaliknya lebih bersifat ilusi.


Saya sebenarnya terbuka dan tidak bermasalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah ini, termasuk apa sahaja pandangan seseorang kepada Ikhwan, sesuai tidaknya di Malaysia dan siapa-siapa saja mereka di Malaysia ini. Cuma dari segi amanah ilmu saya ingin menerangkan beberapa perkara:


PERTAMA; Imam al Banna sebagai mujaddid kurun 20 satu yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak dan barangkali termasuk anda yang dari berbagai intima’ (anggota jamaah)


KEDUA; Bidang tajdid yang dilakukan oleh al Banna ialah tajdid agama. Dan agama adalah satu yang universal sifatnya. Ia bukan budaya mesir, tetapi agama Islam yang dianuti oleh umat Islam diseluruh dunia. Jadi Ikhwan yang lahir dari pemikiran tajdid memiliki ciri universal. Tidak tepat bagi saya jika kita melihatnya sebagai budaya setempat yang hanya sesuai dengan orang Mesir sahaja. Kefahaman Islam syumul umpamanya, satu cara pandang yang dibawa oleh al Banna yang mewarnai gerak kerja Ikhwan, adakah itu hanya thaqafah orang Mesir atau semua orang Islam kena faham begitu?


KETIGA; Ijtihad dalam masalah cara bagaimana kita ingin bangunkan semula umat ini (manhaj perubahan). Ikhwan ada pandangan dia tersendiri berdasarkan kaedah instimbat mereka yang diambil daripada al quran dan sunnah. Justeru Ikhwan ada manhajnya sendiri dalam kerja-kerja dakwah untuk mengembalikan semula kemegahan silam. Bahkan Ikhwan menganggap manhaj taghyir sebagai perkara “tawaqufi” yang tidak boleh direka. Kalau anda ada kaedah istimbat (mengeluarkan hukum) sendiri, dan boleh terus mengeluarkannya daripada al quran dan sunnah, kenapa tidak? Isu ini sama sahaja dengan isu feqah ada perbezaan pandangan antara mazhab empat kerana perbezaan kaedah istimbat masing-masing mazhab. Itu pun bagi saya masih dalam soal agama bukan budaya tempatan. Memang ada golongan yang men”thaqafah”kannya (menjadikan ia taqafah misriyyah). Jadi timbul istilah fikh malizi dan sebagainya. Saya melihat banyak kumpulan di Malaysia berpegang begitu, sebab itu ada yang menolak konsep “alamiyyatu ad dakwah” ada yang buat al manhaj al malizi dan yang tinggalkannya dalam bentuk yang pragmatik (base kepada peluang). Oleh itu tiada sensitivi dalam soal itu, yang penting ialah kita telah melakukan kajian, melaksanakan kaedah istimbat bahawa cara kita menepati dengan sunnah/sirah nabi, pernyataan sejarah, dan bacaan waqi’ yang tepat dan mendalam sehingga kita yakin bahawa cara kita itu boleh membawa kita kepada kejayaan.


KEEMPAT; Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa waqi’ Mesir berbeza dengan waqi’ Malaysia. Sebab itu perlu penyesuaian dalam beberapa hal yang berkaitan dengan uslub. Kita tahu bahawa kita tidak boleh memindahkan(mengkias) pengalaman dakwah di satu negara ke negara yang lain sepenuhnya tanpa mengambil kira faktur waqi’ yang berbeza. Sebagai contoh, demontrasi pelajar di Jakarta telah berjaya menjatuhkan Suharto, lalu kita nak ikut mereka dan buat demontrasi nak jatuhkan Mahathir. Itu tidak berlaku kerana masyarakatnya berbeza. Oleh itu bagi mereka yang percaya dengan fikrah tajdid Al Banna dalam membangunkan semula Islam perlu melakukan ijtihad tatbiqi (perlaksanaan) bagaimana fikrah tajdid dapat diterjemahkan dalam konteks Malaysia dengan struktur masyarakatnya yang unik dan tersendiri. Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang detail kandungan ijtihad itu di sini sama ada dari segi kandungan fikrah, pendirian berkaitan isu-isu, objektif, wasilah dan uslub. Cuma saya tegaskan bahawa memerlukan satu ijtihad yang saya namakan ijtihad tatbiqi.


KELIMA; Penting juga saya ungkapkan di sini bagi sesiapa yang berminat dengan idea Ikhwan seharusnya memahami dan menguasai usul fikri Ikhwan bagi melayakkan ia melakukan ijtihad mengikut mazhab ikhwan yang betul dalam mengemukakan pendekatan dakwah yang sesuai dengan realiti tempatan. Ia tidak cukup dengan meniru beberapa wasail tertentu dalam tarbiah atau seumpamanya sahaja. Saya Ikhwan sebab saya buat beberapa perkara yang ikhwan buat. Sekali lagi persoalan ini tidak timbul bagi mereka yang tidak minat dengan fikrah al Banna.

Wallahu a’lam



p/s: petikan dari ust Abdullah Zaik.

1 Comment:

  1. Mashizaki Keikan said...
    macam best je copy paste dari ustaz abdullah zaik... enta baca tak komen2 kat blog dia?

    macam ada tersenyum jugak tgk orang komen2. macam2 pandangan orang bagi.

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
Template by - Abdul Munir - 2008