:: 'Askar Thullab ::



Pentingnya pendidikan ketenteraan di samping dasar-dasar Islam Perkara yang berhubung dengan pendidikan corak ini di negeri-negeri Islam, jika saudara-saudara lihat sebilangan pejuang di tengah-tengah perjuangan mereka ini bersemarak dengan sifat kepahlawanan, semangatnya berkubar-kubar untuk berjihad, cinta kepada mati syahid kerana Allah dan persediaan yang bersungguh-sungguh dan menghairankan, semuanya ini bukanlah hasil dari pendidikan di pusat-pusat latihan mereka.

Tetapi sebenarnya berpunca dari asuhan ibu yang muslim yang telah menyematkan di hati pejuang-pejuang gagah itu nama Allah dan Rasulnya sejak pejuang-pejuang itu masih kecil lagi, ataupun berpunca dan masyarakat Islam yang masih lagi mempunyai warisan mulia yang meniupkan ke hati pejuang-pejuang itu makrifat kepadaTuhan, Rasulnya, perjuangan yang mulia, mati syahid kerana Allah dan menaburkan nilai-nilai keislaman ke dalam fikiran mereka yang kesemuanya ini tidak ada dalam sistem latihan kita sekarang.

Tetapi, jika kita teruskan usaha-usaha kita untuk merosakkan masyarakat Islam, maka sampai bilakah kekalnya kesan-kesan makrifat Islam yang mulia itu? Tidak syak lagi habuan generasi akan datang akan lebih berkurangan lagi. Ini ialah kerana gadis-gadis yang akan keluar dari pusat-pusat pengajian tinggi kita pada hari ini tidak dapat kita harapkan lagi untuk mendidik generasi akan datang dengan makrifat-makrifat ini serta nilai-nilai keislaman melainkan sebilangan kecil saja. Ini disebabkan makrifat-makrifat dan nilai tersebut tidak akan tertanam di hati seseorang melainkan jika ia sentiasa melihat ibunya sembahyang, puasa dan membaca al-Quran dan sesiapa yang mendengar salah satu darinya maka ia akan teringatlah kepada Allah dan Rasulnya.

Ada pun ibu-ibu 'moden' pada masa sekarang, mereka tidak pernah menyebutmelainkan nama-nama artis, penari, penyanyi, memberi komentar filem-filem baru, berbual-bual berkenaan hiburan dan permainan. Amatlah jarang salah seorang dari mereka itu melembutkan lidahnya dengan menyebut nama Allah dan Rasulnya. Peranan Pelajar 18 Dengan keadaan begini bolehkah diharap dari mereka yang terdidik dengan cara ini untuk berjuang kerana Allah dan Rasulnya, sanggup pula mati kerana kedua-duanya dan mempunyai perasaan ingin berjihad yang ada pada setengah-setengah pemuda kita zaman sekarang yang telah memberangsangkan mereka dari masa ke masa untukmencatit sejarah kepahlawanan dan pengorbanan yang gemilang.

Sesungguhnya apabila kita ingin menyediakan pemuda-pemuda yang sanggup menggadai nyawa dan harla kerana Islam, sanggup mati, senyum mempertahankan negeri Islam, sanggup mempertahankan peraturan hidup Islam maka tidak ada jalan lain selain dari memikirkan untuk mendidik mereka dengan pendidikan yang mengukuhkan iman di hati mereka dan menanamkan akidah dan akhlak untuk memberanikan mereka melakukan pengorbanan yang besar terhadap Allah mengikut tanggapan orang-orang Islam.

Kesemuanya ini hendaklah diberikan dalam bentuk yang paling tinggi mutunya di samping latihan ketenteraan yang bermutu. Inilah alat penangkis tunggal yang boleh melindungi kita dari musuh yang berganda-ganda lebih kuat dari kita, dan inilah kubu kuat yang melindungi kita dan membolehkan kita hidup mulia dalam dunia yang penuh dengan seteru-seteru yang sentiasa merancang untuk menghapuskan kita dari alam nyata ini. Muga-muga Allah tidak perkenankan usaha mereka. Di akhirnya kita pohonkan doa kepada Allah Tuhan semesta 'alam.

0 Comments:

Post a Comment



Blog Widget by LinkWithin
Template by - Abdul Munir - 2008