Cakap
IKHWAH
-
TABAYYUN vs TASABBUT - Saat ini saya menghadiri Forum Fiqh oleh 4 orang mufti negeri. Antara yang menarik adalah mengenai perbezaan antara perkataan “Tabayyanu (selidiki)” dan “T...8 years ago
-
Jangan putus asa - Jika putus asa itu menjadi pilihan ibu bapa kita, maka tiada lah kita pada hari ini. Jika putus asa itu menjadi pilihan murabbi kita, maka hanyutlah kita d...8 years ago
-
-
Tadabbur One Day One Ayat (OnDOA) - " Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengatakan: "Raaina", (ketika kamu berkata-kata dengan Nabi Muhammad), sebaliknya katakanlah: "Unzurna" da...10 years ago
-
nahnu du'at - hari ini orang suka menghukum instead of rationalization. terus menghukum lebih mudah. mencari keadilan perlu usaha sikit. sikit punya susah. terus memberi h...10 years ago
-
Beberapa Prinsip Dalam Menghukum - Pandangan saya adalah berdasarkan video yang saya lihat di FB dengan link berikut: https://www.facebook.com/photo.php?v=679030488805371 --- Saya menghormat...10 years ago
-
MAHUKAN MP3? - assalamu’alaikum wm.wb. kepada sesiapa yang ingin dapatkan mp3 rakaman tafsir dan hadis atau lainnya, bolehlah layari ke : http://www.muntalaq2.blogspot.co...11 years ago
-
Menulis kembali - *بسم الله الرحمن الرحيم* --- Sudah terlalu lama rasanya blog ini ditinggalkan oleh ku. Post terakhir bertarikh 12 Jun 2012. Tika itu, saya sedang bergelut...11 years ago
-
Eh eh. Blog Usang. - Uhuk uhuk.. Ahaaa.. Penuh dengan sawang. Habuk di segenap ceruk menandakan sudah berapa lama blog ini tidak dijenguk. Rupanya catatan terakhir sekitar Ogos...11 years ago
-
Dr Moja? - Ramai yang tanya tukar profession ke? hehe sebenarnya takde bajet nak hire plakon tambahan so krew videographer sendiri yang berlakonl watak-watak samping...12 years ago
-
MUSUH: Kau apehaaalll~ - Sekiranya ada pihak tidak bersetuju dengan kita. Jangan cepat melatah menuduh pihak tersebut musuh kita[apatah lagi dengan tuduhan tuduhan yang lansung tid...13 years ago
-
Open Your Eyes, Heart and Mind. - Seawal pagi kita gemar membaca akhbar untuk mengetahui apa yang berlaku pada dunia sekarang ini terutama berita yang boleh mempengaruhi kehidupan kita. Per...14 years ago
-
The Divine Book - A documentary series from WakeUpProject... "This series will present divine proof from our creator, it will uncover shocking truths, as well as attempt to ...15 years ago
-
-
-
-
AKHAWAT
-
Selamat Hari Lahir Sayang - Assalamu'alaikum, anak ummi Atikah Humaira binti Mohd Zulhelmi.. Selamat ulangtahun hari kelahiran yang pertama, sayang.. Terima kasih, anak ummi sayang.. ...7 years ago
-
-
-
Pantang 44 Hari - Bismillah... Pagi dikejutkan oleh anak kedua, Nawar 'Aqilah pukul 7 pagi. Nawar bawakkan sepaket biskut yang belum dibuka. Dalam mamai saya katakan padanya...10 years ago
-
Baitul muslimku- Mahligai kasihku - Salam a'laik... Insya Allah ini post paling OSEM.. eyh??..maybe Alhamdulilllah, pada 16 Ogos yang lepas, maka telah sah saya menjadi isteri atau suri kepa...10 years ago
-
Catatan Ramadan 3 - Ya Allah satukanlah hati-hati kami berkatilah hidup kami permudahkanlah urusan kami Ameen... luv them very much;)11 years ago
-
Rahmat Hujan Itu - BismiLlahi wal hamduliLlah subhanAllah, astaghfiruLlah..hari berganti bulan, bulan berganti tahun. Syukur Allah memberi nafas untuk terus menghabiskan ...13 years ago
-
Keagungan Sabar - (Gambar daro Google) واصبر وما صبرك إلّا بالله Bersabarlah dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah…………… Kalam ilahi di atas dari ...13 years ago
-
Malaysian:Teenagers admit women intercourse 5 times a week - Starting with the watch and exchange - exchange porn video ..... - Teaching and reminders for parents when a girl admitted having sex with up to five ti...13 years ago
-
Indah Hidup Bila Bersyukur.... - Kalimah "alhamdulillah" adalah beermaksud segala puji bagi Allah s.w.t..... Kalimah tersebut cukup mudah untuk dilafazkan dan diucapkan. Kalimah tersebut s...14 years ago
-
-
-
-
-
-
:: Maliziyy!!..man ikhwan??..hehe ii ::
1 comments Posted by خير الشوال الفاتح - ARCHISLAM - at 4:12 AMRasanya semua orang setuju tentang perkara ini. Tulisan ini bagi menjawab persoalan Tariq Ziad yang mempersoalkan kenapa Ikhwan dijadikan “bench mark” dalam menilai gerakan Islam?
Slanjutnya, soalan siapa Ikhwan di Malaysia? Apa yang penting sangat? Lagi pun Ikhwankan di Mesir, bentuk muka bumi pun tidak sama antara Mesir dengan Malaysia. Nampaknya manhaj Ikhwan suatu yang tidak praktikal, sebaliknya lebih bersifat ilusi.
Saya sebenarnya terbuka dan tidak bermasalah tentang perbezaan pendapat dalam masalah ini, termasuk apa sahaja pandangan seseorang kepada Ikhwan, sesuai tidaknya di Malaysia dan siapa-siapa saja mereka di Malaysia ini. Cuma dari segi amanah ilmu saya ingin menerangkan beberapa perkara:
PERTAMA; Imam al Banna sebagai mujaddid kurun 20 satu yang dipersetujui oleh kebanyakan ulamak dan barangkali termasuk anda yang dari berbagai intima’ (anggota jamaah)
KEDUA; Bidang tajdid yang dilakukan oleh al Banna ialah tajdid agama. Dan agama adalah satu yang universal sifatnya. Ia bukan budaya mesir, tetapi agama Islam yang dianuti oleh umat Islam diseluruh dunia. Jadi Ikhwan yang lahir dari pemikiran tajdid memiliki ciri universal. Tidak tepat bagi saya jika kita melihatnya sebagai budaya setempat yang hanya sesuai dengan orang Mesir sahaja. Kefahaman Islam syumul umpamanya, satu cara pandang yang dibawa oleh al Banna yang mewarnai gerak kerja Ikhwan, adakah itu hanya thaqafah orang Mesir atau semua orang Islam kena faham begitu?
KETIGA; Ijtihad dalam masalah cara bagaimana kita ingin bangunkan semula umat ini (manhaj perubahan). Ikhwan ada pandangan dia tersendiri berdasarkan kaedah instimbat mereka yang diambil daripada al quran dan sunnah. Justeru Ikhwan ada manhajnya sendiri dalam kerja-kerja dakwah untuk mengembalikan semula kemegahan silam. Bahkan Ikhwan menganggap manhaj taghyir sebagai perkara “tawaqufi” yang tidak boleh direka. Kalau anda ada kaedah istimbat (mengeluarkan hukum) sendiri, dan boleh terus mengeluarkannya daripada al quran dan sunnah, kenapa tidak? Isu ini sama sahaja dengan isu feqah ada perbezaan pandangan antara mazhab empat kerana perbezaan kaedah istimbat masing-masing mazhab. Itu pun bagi saya masih dalam soal agama bukan budaya tempatan. Memang ada golongan yang men”thaqafah”kannya (menjadikan ia taqafah misriyyah). Jadi timbul istilah fikh malizi dan sebagainya. Saya melihat banyak kumpulan di Malaysia berpegang begitu, sebab itu ada yang menolak konsep “alamiyyatu ad dakwah” ada yang buat al manhaj al malizi dan yang tinggalkannya dalam bentuk yang pragmatik (base kepada peluang). Oleh itu tiada sensitivi dalam soal itu, yang penting ialah kita telah melakukan kajian, melaksanakan kaedah istimbat bahawa cara kita menepati dengan sunnah/sirah nabi, pernyataan sejarah, dan bacaan waqi’ yang tepat dan mendalam sehingga kita yakin bahawa cara kita itu boleh membawa kita kepada kejayaan.
KEEMPAT; Dalam masa yang sama saya tidak nafikan bahawa waqi’ Mesir berbeza dengan waqi’ Malaysia. Sebab itu perlu penyesuaian dalam beberapa hal yang berkaitan dengan uslub. Kita tahu bahawa kita tidak boleh memindahkan(mengkias) pengalaman dakwah di satu negara ke negara yang lain sepenuhnya tanpa mengambil kira faktur waqi’ yang berbeza. Sebagai contoh, demontrasi pelajar di Jakarta telah berjaya menjatuhkan Suharto, lalu kita nak ikut mereka dan buat demontrasi nak jatuhkan Mahathir. Itu tidak berlaku kerana masyarakatnya berbeza. Oleh itu bagi mereka yang percaya dengan fikrah tajdid Al Banna dalam membangunkan semula Islam perlu melakukan ijtihad tatbiqi (perlaksanaan) bagaimana fikrah tajdid dapat diterjemahkan dalam konteks Malaysia dengan struktur masyarakatnya yang unik dan tersendiri. Saya tidak berhajat untuk bercakap tentang detail kandungan ijtihad itu di sini sama ada dari segi kandungan fikrah, pendirian berkaitan isu-isu, objektif, wasilah dan uslub. Cuma saya tegaskan bahawa memerlukan satu ijtihad yang saya namakan ijtihad tatbiqi.
KELIMA; Penting juga saya ungkapkan di sini bagi sesiapa yang berminat dengan idea Ikhwan seharusnya memahami dan menguasai usul fikri Ikhwan bagi melayakkan ia melakukan ijtihad mengikut mazhab ikhwan yang betul dalam mengemukakan pendekatan dakwah yang sesuai dengan realiti tempatan. Ia tidak cukup dengan meniru beberapa wasail tertentu dalam tarbiah atau seumpamanya sahaja. Saya Ikhwan sebab saya buat beberapa perkara yang ikhwan buat. Sekali lagi persoalan ini tidak timbul bagi mereka yang tidak minat dengan fikrah al Banna.
Wallahu a’lam
Labels: DA'WAH
:: Maliziyy!!..Man Ikhwan??..hehe ::
2 comments Posted by خير الشوال الفاتح - ARCHISLAM - at 3:30 PM
Mari kita uji
Bagi saya keikhwanan sebagaimana kata al-Banna sendiri dan disebut-sebut dalam pengajarannya diukur pada kadar iltizam dengan manhaj fikri dan amalinya.
Dari segi manhaj fikri -mudah cerita- lihat pada manhaj tarbiah yang dipakai oleh satu-satu jamaah tu, dia pakai manhaj ikhwan atau tidak? Atau dia hanya pilih-pilih dari manhaj ikhwan sahaja apa yang sesuai?
Dari segi amali, lihat pada gerak kerjanya samada mengikut maratib amal atau tidak?
Adakah dia laksanakan risalah taklim (dari segi faham, maratib amal dan sebagainya) sepenuhnya atau tidak?
Saya perhatikan ada di antara pengulas menulis lebih kurang maksudnya oleh kerana Ikhwan masuk pilihan raya, HAMAS masuk pilihan raya dan kita pun masuk pilihan raya, maknanya kita sama.
Abuadil orang PAS, sempat baca buku ikhwan sambil tebar roti canai?
p/s: petikan dari ust Abdullah Zaik.
Labels: DA'WAH
Berapa

DARI AKU UNTUK ISLAM
PERKONGSIAN
KAITAN
Quran n Sunnah
Nasyeed Download
Pak Cik Aku
TOP RANK
Ntah Sape
Tracker
Syeikh Mustafa Masyhur